Netizen Pelik Kucing Jalanan Ini Memiliki Tubuh Montok Seperti Kucing Yang Dibela

Pernahkah anda terserempak dengan mana-mana kucing jalanan? Mungkin mereka tidak memiliki tempat tinggal yang baik, atau tuan untuk bermain bersama tetapi mereka sebenarnya pernah dipelihara oleh golongan yang baik hati sehingga akhirnya mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Suatu hari seorang netizen yang menggelarkan dirinya ‘Barkingdog’ telah keluar rumah dan mendapati seekor kucing gemuk sedang berbaring di atas alas kaki skuternya sehinggakan dia tidak tahu apa yang patut dilakukan kepada kucing itu. Dia kemudian memuat naik gambar kucing tersebut dan gambar tersebut telah mendapat perhatian orang ramai sehingga ada yang menggelar si comel itu dengan gelaran ‘the neighborhoods gang leader’.

Ada antara netizen yang turut memberi komen terhadap gambar tersebut. Ada yang mencadangkan Barkingdog supaya dia menendang perlahan kucing gemuk tersebut supaya dia boleh mendapatkan skuternya semula. Apa yang melucukan, menurut Barkingdog tidak mungkin dia melakukan hal itu kerana menurutnya kucing tersebut sangat besar dan ada kemugkinan dia yang akan diserang jika dia cuba menghalaunya. Kucing tersebut juga memiliki kuku yang tajam.

Ada juga netizens yang tertanya-tanya bagaimana kucing jalanan itu boleh menjadi sebegitu besar. Dia mesti telah diberi makan dan minum sehinggakan dia menjadi sebegitu besar seperti Garfield.

Netizens juga memberi komen lagi mengenai status tersebut dengan mengatakan bahawa bahawa ‘kucing jalanan di sekitar kawasan kediaman tersebut memang agak mesra. Ada antara mereka yang diberi makan sehingga besar seperti kucing itu’.

Tidak salah untuk memberikan kucing jalanan makanan dan minuman, malah perbuatan tersebut sangat terpiji. Tetapi, jangan lupa untuk membrsihkan tempat makan mereka selepas makan untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan disenangi oleh jiran tetangga.

Sumber: Era Baru

Add Comment