Nampak Sahaja Dia Gembira Tapi Siapa Sangka Si Kecil Ini Melalui Kehidupan Yang Sukar

Rexie membuktikan bahawa kecacatan tidak bermakna ketidakupayaan. Anda lihat, walaupun kucing berusia 3 tahun ini mengalami tulang belakang yang patah dan tidak dapat mengawal dua kaki belakangnya, ia mempunyai personaliti yang sangat unik dan bersemangat. Malah, wajah kecil Rexie begitu penuh dengan ungkapan, sehingga orang telah menggelarkannya sebagai ‘Cat-King Of Bleps’.

Semasa masih bayi, pemiliknya sebelum ini telah menderanya dengan teruk sehingga menjadikannya lumpuh. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, Rexie telah belajar untuk menjalani kehidupan sepenuhnya tanpa mengira keadaannya.

“Rexie tidak tahu ia cacat,” kata Dasha. “Rexie melakukan segala perkara yang dilakukan oleh kucing lain, tetapi ia tidak dapat menggunakan tandas atau menggaru telinganya sendiri, tetapi itulah yang dilakukan oleh manusia!” Dasha membesarkan Rexie selepas ia diselamatkan dan mereka tidak dapat dipisahkan sejak itu.

Pada mulanya, Minaeva mendapatkan sebuah kerusi roda untuk membantu Rexie berjalan mengelilingi rumah. Tetapi lama kelamaan Rexie tidak memerlukan bantuan kerusi roda tersebut. “Ia melakukan lebih baik tanpa kerusi roda. Kucing sangat bebas dan dapat menyesuaikan diri dengan sempurna. Rexie bergerak dan berjalan dengan hanya menggunakan kedua -dua kaki hadapannya tanpa bantuan kerusi roda.”

Lihat gambar di bawah untuk melihat pengembaraan dan rutin hariannya, dan pilih gambar kegemaran anda!

Walaupun Rexie merupakan seekor kucing yang cacat tetapi ia tidak menghalangnya daripada menjadi hebat!

#1 Awak nampak saya tak?

#2 Ini ke yang dipanggil senyum kambing?

#3 Bosan lah tak ada sesiapa nak kawan dengan kita

#4 Penat berlari nak duduk rehat jap

#5 Jibby cakap dia ketua terbaik hahahaha

#6 Lawak apakah ini

#7 Bosan dengar setiap kali orang nak lantik dia mesti bagi janji manis

#8 Baik aku hidup dengan cara aku tak payah dengar kata orang lain

#9 Hidup single adalah terbaik dapat makan free, minum free tak ada orang nak gaduh dengan aku


#10 Tapi aku sunyi, aku perlukan kawan aku tak mahu hidup sendirian

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment