Muka Nampak Macam Haiwan Buas, Tapi Dia Makan Anai-Anai Sahaja

Pernahkah anda mendengar nama ‘Aardwolf ‘? Jika anda tidak pernah mendengar nama ini, bersedialah untuk melihat spesies haiwan paling comel yang pernah wujud di dalam dunia ini.

Spesies ‘aardwolf’ datang dari spesies yang sama dengan hyena. Tidak hairan mengapa rupa mereka dilihat hampir serupa. Tetapi tidak seperti hyena yang menjadi haiwan pemangsa yang boleh menghancurkan tulang dengan giginya, haiwan aardwolf suka memakan anai-anai dan ia tidak ganas. Perkataan ‘aard’ berasal dari bahasa Belanda bermaksud ‘bumi’.

Haiwan comel ini adalah anak aardwolf

Spesies ‘aardwolf’ berasal dari Afrika Timur dan Selatan. Haiwan ini suka tinggal di dalam lubang bawah tanah. Selalunya mereka tidak menggali lubang sendiri, sebaliknya akan menduduki lubang yang telah ditinggalkan oleh haiwan lain. Aardwolfadalah haiwan yang sangat pemalu dan suka bergerak pada waktu malam. Namun pada waktu musim sejuk, mereka akan mengumpul tenaga dengan tidur pada waktu malam dan hanya makan di siang hari.

Aardwolf mempunyai lidah yang sangat panjang dan melekit seperti lidah tenggiling yang memudahkan ia untuk memakan anai-anai. Seekor aardwolf boleh memakan 300,000 anai-anai dalam satu malam!

Aardwolf dewasa selalunya membesar seperti saiz seekor musang dan merupakan haiwan bersifat monogami. Aardwolf sentiasa setia dengan pasangan yang sama sehingga ke akhir hayatnya.

Tidakkah haiwan aardwolf ini sangat comel? Dengan sifatnya yang tidak membahayakan lagi membuat aardwolf ini sangat comel bagai mahu mencubit pipi dan menarik telinganya!

Aardwolf dewasa juga sama comel seperti anaknya

Aardwolf datang dari keluarga yang sama dengan spesies hyena tetapi haiwan ini boleh menegakkan rambutnya dengan tinggi seperti ‘mohawk’.

Tidak seperti hyena yang memakan daging, aardwolf lebih suka memakan anai-anai.

Aardwolf bergerak aktif di waktu malam dan tinggal di dalam lubang bawah tanah yang terdapat di Afrika Timur dan Selatan.

Pada mulanya saintis berfikir yang aardwolf merupakan haiwan yang suka bersendirian, tetapi sebenarnya ia haiwan yang gemar hidup berkeluarga.

Aardwolf selalunya tidak menggali lubang rumahnya sendiri, sebaliknya akan menduduki lubang yang telah ditinggalkan haiwan lain.

Aardwolf mempunyai lidah yang melekit dimana ia digunakan untuk menjilat ribuan anai-anai yang menjadi makanan kegemaran.

Seekor aardwolf boleh memakan sehingga 300,000 anai-anai pada satu malam!

Aardwolf dewasa akan membesar dengan saiz yang sama seperti musang.

Aardwolf merupakan haiwan bersifat monogami, ia akan setia bersama pasangan yang sama sehingga ke akhir hayat.

Sumber: ERA BARU

Add Comment