Menjijikkan!! Najis Kucing Bersalut Kacang Dhal Dijual Di Pasaraya

Eiiiiii jijiknyaaaa!! Ada tahi kucing yang bersalut dengan kacang dal dijual di sebuah pasaraya. Yuksssssss!! Biar betul nih macam mana pulak tahi kucing tu boleh ada dalam seguni kacang dal mentah kat dalam pasaraya tu.

Lebih meloyakan tahi kucing tu masih lagi basah-basah dan dihurung lalat, maknanya tahi kucing tu baru lagi la nohhh masih segar dari ladang huhuuu…! Elok je taik tu bergelumang dengan kacang dal siap bersalut lagi eii gelinya.

Penemuan dahsyat ni dikongsikan oleh Yana Ghazali di akaun facebooknya menerusi satu video yang berdurasi 8 saat. Cer korang bayangkan macam mana seekor kucing boleh sesat masuk ke dalam pasaraya tu?? Macam agak tidak masuk akal je kan.

Gomez syak ni mesti kucing pelanggan pasaraya tu, iyela sekarang ni kan dah jadi trend bawak kucing shopping sekali. Boleh jadi kucing dorang yang berak situ.. Apa dia ingat kacang dal tu pasir kot.

Dah la kacang dal tu dijual pakai timbang, sapa yang tak perasan ada taik kucing tu habuan korang la haha!-TiraGomez/UtaraNews.com

Add Comment