Mengagumkan… Seorang Wanita Berjaya Membedah Dan Memasang Sayap Palsu Kepada Rama Rama Ini

Rama-rama raja atau rama-rama monarki adalah spesies rama-rama yang mudah dikenali kerana corak sayapnya yang cantik berwarna jingga dan hitam serta bintik-bintik putih di bahagian tepian sayap dan tubuhnya.

Romy McCoskey sangat komited dalam memelihara dan membesarkan spesies-spesies semulajadi itu semenjak dahulu lagi dan apabila salah seekor rama-rama itu lahir dengan kecacatan sayap, dia menjalankan sebuah pembedahan bagi menukar sayap rama-rama yang cacat itu.

“Saya merupakan seorang pereka pakaian professional dan ini adalah kepakaran saya” katanya. Antara alat-alatnya termasuk tuala, penyakut wayar, simen, tusuk gigi, kapas, gunting dan beberapa peralatan yang lain.

“Budak lelaki berusia 3 hari ini dilahirkan dengan sayap atas dan bawah yang koyak. Jom tengok bagaimana kita boleh membantu”.

Antara peralatan yang digunakan semasa pembedahan memindahkan sayap.

“Memastikan tidak terpotong mana-mana bahagian kupu-kupu. Jangan risau ia tidak menyakitkan mereka. Seperti menggunting rambut atau memotong kuku sahaja.”

“Ta-da! Dengan sedikit kesabaran dan tangan yang steady, saya dapat menyesuaikan sayap baru pada budak lelaki ini.”

“Garisan hitam tidak dipadan sempurna dan titik hitam pada sayap kanan bawah telah hilang namun ia akan terbang.”

“Hari untuk terbang! Setelah sehari berehat dan mengisi perut.”

“Hasil pembedahan telah berjaya. Semoga berjaya.”

Sumber: TAIKOTV

 

Add Comment