Menakjubkan Orang Utan Cuba Merawat Anak Burung Yang Luka

Pada mulanya, seekor orang utan dilihat sedang memegang seekor anak burung ‘moorhen’ yang amat kecil dan comel di sebuah zoo dan ada pengunjung yang melihat dengan cemas apa yang mahu dilakukan oleh orang utan ini kepada anak burung tersebut.

Rupa-rupanya sebelum itu, orang utan ini telah melihat seekor anak burung ‘moorhen’ sedang terkapai-kapai kelemasan di dalam tasik di zoo tersebut setelah ditinggalkan ibunya.

Jadi orang utan yang kesunyian ini telah bergegas ke tepi tasik itu untuk menyelamatkan anak burung malang dan telah tercedera ini.

Orang utan ini telah mengambil sehelai daun dan cuba meletak di hujung paruh anak burung tersebut supaya ia dapat berpaut kepadanya.

Dan orang utan ini tidak berputus asa kerana ia mahu juga menyelamatkan anak burung itu dengan daun tersebut. Dan ia mula berasa bimbang dengan keselamatan anak burung ‘moorhen’ ini.

Akhirnya, orang utan ini telah berjaya mencapai anak burung tersebut dan membawanya ke darat.

Pada mulanya orang utan ini memegang anak burung ‘moorhen’ tersebut seperti mahu memicitnya sebelum sampai ke darat dan dilihat dengan cemas oleh para pengunjung, tetapi kemudian ia telah diletak dengan lembut di atas rumput dan ia mula membelainya dengan kasih sayang.

Jelas sekali orang utan ini berasa sangat gembira kerana telah berjaya menyelamatkan satu nyawa yang berlainan spesies dengannya.

Bukan sahaja ia telah menyelamatkan anak burung ini, malahan kini orang utan tersebut telah menemui seekor kenalan baru bagi mengubat kesunyiannya.

Lihat video orang utan pintar yang berperasaan belas kasihan menyelamatkan seekor anak burung ‘moorhen’ di bawah.

Zoo Orangutan Rescues Drowning Bird – The Dodo

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment