Menakjubkan Lelaki Ini Berjaya Jinakkan Kucing Legenda

ANCHORAGE, Alaska (KTUU) – Penduduk Anchorage, Tim Newton, terbangun suatu pagi apabila terdengar bunyi sesuatu melintasi halaman dek rumahnya di kawasan Flattop, Selasa lalu pada pukul 7:30 pagi. Dia pergi untuk menyiasatnya.

“Saya pergi ke tingkap dan membuka langsir, dan dapat melihat ia kelihatan seperti kucing,” katanya kepada Channel 2. Tetapi yang mengejutkannya, ialah ia bukan kucing biasa.

“Saya tidak terfikir apa-apa yang pelik,” katanya. “Tetapi kemudian saya dapati bahawa ia mempunyai kaki yang sangat besar dan sedikit rambut kecil di telinganya. Jadi, saya tahu bahawa ia mungkin anak kucing lynx – bukan seekor kucing yang matang.”

Perkara pertama yang akan dilakukan Newton adalah mengambil kameranya.

“Biasanya apabila anda melihat lynx, anda hanya mempunyai masa yang mencukupi untuk mendapatkan kamera anda, dan kemudiannya kucing istimewa itu akan menghilang,” kata Newton. “Jadi saya sangat gembira kerana dapat mengambil beberapa gambar mereka bermain di dek rumah saya dan saya fikir ia mungkin telah berakhir setelah kucing itu pergi.”

Tetapi sangkaan saya salah.

Newton berkata dia menangkap kira-kira 10 atau 20 gambar, sebelum kucing lynx itu hilang dari hujung utara dek ke sisi lain rumahnya. Kejadian ini menemukan Newton kepada anak-anak kucing lynx yang lain bersama ibunya.

Pada mulanya, Newton mengatakan dia tidak dapat melihat anak kucing lynx itu, jadi dia fikir mereka telah pergi. Akan tetapi kemudian, dia terdengar ibu kucing lynx itu mengiau dari arah rumput-rumput sambal cuba menyorok.

“Kemudian saya melihat rumput … bergerak-gerak,” katanya. “Ia seperti di Jurassic Park! Seperti ada velociraptors yang melalui semak-semak itu – itulah yang saya lihat. Dan kemudian, satu demi satu, kesemua anak-anak kucing lynx itu datang ke ibunya dan diangkut ke atas dek, betul-betul di hadapan saya. Ketika itu saya sedang berdiri di belakang pintu skrin. ”

Secara keseluruhannya, keluarga kucing lynx itu terdiri daripada lapan ekor lynx – tujuh anak kucing dan satu ibu.

Pada masa ini, Newton sudahpun teruja mengambil gambar sebanyak yang mungkin, bunyi “klik” yang dating daripada kameranya membingungkan kucing-kucing lynx yang comel tersebut.

“Mereka agak keliru bahawa mungkin terdapat sesuatu yang berada dekat dengan mereka, kerana saya berada di belakang pintu skrin,” jelas Newton. “Mereka boleh mendengar kamera saya. Terdapat satu gambar di mana anda boleh melihat mereka di atas dek. Mereka sedang mencari sumber bunyi kamera saya.”

 

Add Comment