‘Mata Dia Celik Pandang Saya, Rupanya Dia Seekor Kucing Buta’

Apabila Sandra Coudray melihat foto Jasmine, seekor kucing buta di laman Facebook Association Adoption Feline, hatinya terus terpaut pada kucing comel itu. Kucing terbiar itu dilihat sangat kurus, kekurangan zat dan sangat takut dengan orang ramai. Dia memerlukan kasih sayang dan perhatian serta kepercayaan untuk kembali mempercayai manusia.

“Saya segera mengambilnya kerana mengetahui bahawa dia buta lagi pula saya pernah hidup dengan kucing yang menjadi buta sama dengan apa yang dialaminya,” kata Coudray kepada LoveMeow.

“Kali terakhir saya pergi ke Normandy beberapa hari untuk melawat keluarga saya selama beberapa hari saya telah meninggalkannya bersama dengan saudara saya. Dia menunggu kepulangan saya di atas katil hampir sepanjang hari pada setiap hari.”

Jasmine, kucing liar yang buta, ditemui sedang berjalan dalam keadaan takut dan bingung di jalan-jalan di Perancis

Kucing ini kemudian dibawa ke tempat perlindungan haiwan

“Dia mencuri hatiku pada ketika itu,” kata Coudray selepas melihat Jasmine di Facebook

“Keluarga angkatnya memberitahu bahawa dia buta, tetapi bagi saya dia tidak kurang daripada kucing lain”

“Saya segera mengambilnya … kerana saya pernah hidup dengan kucing yang buta sama sepertinya”

Malnutrisi mungkin menyebabkan dia buta, dia juga takut kepada manusia dan haiwan lain

Sekarang, Jasmine suka mencium dan memeluk tuannya, Coudray

“Kali terakhir saya pergi ke Normandy untuk melawat keluarga saya selama beberapa hari saya telah meninggalkannya bersama kakak saya”

“Dia menunggu saya di atas katil saya hampir sepanjang hari pada setiap hari”

“Sekarang dia tidak boleh hidup tanpa kami, dan kami juga begitu. Dia telah memberikan kami kegembiraan dan kasih sayang”

Sumber: www.erabaru.com.my

 

Add Comment