Mari Mengundi Tuan Abam Cedric Bebas Rasuah Dan Berjiwa Rakyat

Pru 14 makin menghampiri debaran kian terasa, rakyat mulai keliru mahu mengundi siapa kerana berita palsu daripada sosial media. Tapi rakyat kucing juga tidak kurang hebatnya, mereka juga menjalankan PILIHAN RAYA UMUM KUCING untuk pertama kali nya.

Calon bebas TUAN ABAM CEDRIC juga tidak ketinggalan mengisi nama untuk masuk menjadi calon pilihan raya. Permohonannya mudah dan senang kerana tiada SPR yang menghalang kemasukannya.

Image may contain: one or more people, hat and text

UNDILAH SAYA!
Wakil rakyat berjiwa kucing dari PKS (PARTI KUCING SEMALAYSIA) ??

Antara manifesto yang dijalankan oleh Tuan Abam Cedric adalah

-Hapuskan GST

-Turunkan harga Kibbles dan Wetfood

-Bantuan Kembiri

-Tangkap dan penjara orang yang membuang dan mendera kucing

-Satu daerah satu pusat perlindungan kucing terbiar

Tuan Abam Cedric juga tidak ketinggalan dalam berkempen semasa pilihan raya

Image may contain: one or more people and text

Dia tidak gentar dan kuat melaungkan kebenaran demi kebenaraan. Suara kucing yang selama ini terpendam kini dilaungkan oleh Tuan Abam Cedric

Image may contain: cat and text

Kos sara hidup yang tinggi dicampur dengan GST tidak mematahkan semangat Tuan Abam Cedric untuk meminta makanan wetfood dikurangkan. Makanan adalah bahan mentah yang sangat diperlukan untuk kaum kucing. Tanpa makanan kaum kucing akan menderita.

Dia juga tidak terlepas untuk selfie tanda perjuangannya menegakkan kepentingan rakyat

Image may contain: cat and indoor

Ada ni haa! tengah sibuk berkempen.

Baru lepas bagi bantuan kepada keluarga Cik Tom(pok). Alhamdulillah, beliau dan anak2 sangat gembira dengan kehadiran saya. Mereka anak beranak tinggal di belakang lorong setelah dibuang tuan. Tambah pilu, suami Cik Tom dibawa bersama tuan semasa mereka berpindah, meninggalkan beliau terkapai2 seorang diri menjaga anak2 yang masih kecil. Kesian. Cik Tom buta ma

Image may contain: one or more people

Dari jauh orang ni dok panggil “YB!, YB!”. Ingat kan apa tadi. Nak bergambar rupanya.  How can I say no.

Image may contain: one or more people

Good morning. (Fuh! speaking)

Ada ke patut drebar saya suruh saya duduk diam2 pakai seatbelt. Saya kan kucing. Suka hati lah saya nak buat apa.

Hari ni kami nak round2 edar makanan.

Image may contain: indoor

Undilah Tuan Abam Cedric.

Berjiwa rakyat, bebas rasuah, tak curi duit rakyat

Sila Follow Tuan Abam Cedric di FB OFFICIAL TUAN ABAM CEDRIC

Add Comment