Malang Untuk Budak Ini Apabila Cubaannya Untuk Berdiri Menyebabkan Dia Tersepit Di Kerusi Pawagam

Suqian (China): Seorang budak lelaki terpaksa diselamatkan bomba selepas terperangkap di kerusi lipat ketika menonton wayang bersama ibu bapanya.

Ayah budak lelaki ini cuba menarik anaknya keluar

Kanak-kanak berusia tujuh tahun terbabit dilaporkan mengunjungi panggung wayang di Suqian di timur China bersama ibu bapanya.

Bagaimanapun, ketika menonton wayang, budak lelaki itu berdiri di atas kerusi menyebabkan dia terjatuh dan badannya tersepit di celah kerusi.

Bapa mangsa dan beberapa pengunjung cuba mengeluarkan kanak-kanak itu tetapi gagal kerana celah kerusi itu terlalu sempit.

Selepas beberapa minit berusaha petugas di pawagam berkenaan menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Tidak sampai 10 minit satu pasukan bomba tiba dan selepas membuat pemeriksaan mereka mengambil keputusan untuk membuka kerusi berkenaan.

Selepas kerusi itu dibuka, bapa kanak-kanak berkenaan perlahan-lahan menarik mangsa keluar dari celah kerusi itu.

Menurut media tempatan, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terkejut dengan kejadian itu.

Sumber:Metro Online

Add Comment