Makhluh Aneh Bertaring Ditemui Terdampar Tepi Pantai

TEXAS – Misteri makhluk laut aneh bertaring dan jarang dilihat ditemui terdampar di pantai Texas selepas negeri itu dibadai taufan Harvey akhirnya terjawab.

Preeti Desai yang membuat penemuan bangkai itu turut berkongsi gambar di Twitter 7 September meminta pengguna blog mikro membantunya mencari jawapan.

Persoalan itu dijawab ahli biologi dan pakar belut di Muzium Smithsonian, Dr Kenneth Tighe yang percaya itu spesies Aplatophis chauliodus atau belut bertaring yang turut digelar belut tusky. Ia biasanya ditemui di perairan pada kedalaman 30 dan 90 meter di bahagian barat lautan Atlantik. – Agensi

Add Comment