LUCU! Adik Ini Memerli Cara Mamanya Berjalan Di Luar

Anak-anak kecil memang melucukan ditambah lagi dengan sifat mereka yang ‘innocent’ pasti membuatkan siapa pun akan tertawa lucu melihat kerenahnya. Mereka juga suka melihat apa yang dilakukan oleh orang di sekitar mereka dan lama-kelamaan mereka sendiri mudah terikut-ikut dengan apa yang dilihat mereka.

Oleh sebab itulah sebagai orang yang lebih dewasa kita perlu menunjukkan contoh yang baik supaya mereka juga akan terikut-ikut untuk melakukan sesuatu yang baik.

Kanak-kanak ini nampaknya punya daya memerhati yang tinggi. Mana tidaknya, tidak sudah pandai mengikut gaya ibunya yang hamil ketika berjalan dengan perut yang besar.

Jika ditanya bagaimana cara ibu berjalan, kanak-kanak ini segera ‘membawa’ perutnya ke depan, seolah-olah mahu menunjukkan bahawa perutnya juga besar seperti ibunya yang sedang hamil itu.

Lihat lah telatah selambanya, pandai betul dia berlakon!

Sumber:  ERA BARU

Add Comment