Lepas Arwah Kakak Kami Meninggal, Bulat Tak Makan Kerana Terlalu Rindu Arwah

Teringat kisah arwah kakak kami apabila melihat kucing bernama bulat ini, kucing ini adalah kesayangan arwah kakak kami semasa masih hidup.

Masa arwah masih hidup dia sayang sangat pada nya, dia akan  belai bulat dengan penuh kasih sayang. Sebelum tidur bulat akan cium dan hidu baju arwah kakak.

Kalau bulat tak balik akak akan cari bulat macam orang gila, menjerit-jerit menyebut nama bulat macam orang hilang anak meroyan sana sini.

Hari ni hari ke 25 arwah akak tinggalkan bulat, bulat selalu termenung mengenangkan arwah kakak yang telah tinggalkannya seumur hidup.

Sekarang bulat tak mahu makan nasi, bila ajak main pun dia tak mahu. Pagi tadi, bangun ni nak cari dia nak bagi makan dia hilang.

Terjerit-jerit panggil dia untuk balik tapi tak tahu dia pergi kemana, awak pergi mana wahai bulat. Balik laaaa????

a,

Add Comment