Lelaki Gila Tembak Bertubi Tubi Ke Arah Sebuah Konsert Sebelum Membunuh Diri, Lebih 50 Orang Terkorban

NEVADA: Insiden serangan bersenjata di Las Vegas yang mengorbankan lebih 50 orang dan 400 lagi cedera dianggap pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika kira-kira 22,000 orang ramai hadir menyaksikan festival muzik country dan menurut polis lelaki yang melancarkan tembak itu ditemui sudah mati di sebuah bilik hotel bersama 10 senjata api.

Sheriff Clark County, Joseph Lombardo memberitahu wartawan, polis percaya suspek adalah seorang lelaki tempatan, Stephen Paddock berusia 64 tahun yang bertindak secara sendirian dan ia tiada kaitan dengan unsur keganasan.

“Kami tidak tahu apakah ideologi suspek. Buat masa ini, kami percaya dia bertindak sendirian dan kemungkinan angka korban akan meningkat.”

Polis turut menegaskan khabar angin berlakunya insiden tembakan dan letupan lain di kawasan itu adalah tidak benar.

Lombardo berkata, tembakan datang dari arah tingkat 32, Hotel Mandalay Bay, lokasi penyerang ditemui mati.

Angka kematian yang disifatkan polis sebagai pengiraan awal itu akan menjadikan serangan terbabit sebagai insiden pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, mengatasi insiden pembunuhan 49 orang di kelab malam Orlando tahun lalu.

Ribuan pengunjung yang panik melarikan diri dari tempat kejadian sehingga ada yang dipijak ketika anggota keselamatan cuba mengesan dan membunuh lelaki bersenjata itu.

Ramai pengunjung konsert yang dalam keadaan terkejut dengan pakaian dibasahi darah kelihatan merayau-rayau di jalanan selepas serangan itu.

Sherif Clark County, Joseph Lombardo, memberitahu pemberita suspek adalah seorang lelaki tempatan Las Vegas yang bertindak sendirian dan dipercayai tiada kaitan dengan sebarang kumpulan militan.

“Kami tidak tahu apa kepercayaannya,” kata Lombardo. “Pada masa ini kami percaya dia satu-satunya pelaku.”

Pihak berkuasa juga sedang mencari seorang wanita Asia yang dinamakan sebagai Marilou Danley, iaitu rakan sebilik lelaki berkenaan.

Sumber: BERITA HARIAN

Add Comment