Lelaki Gay Dihukum Humban Dari Tingkat 7, Tetapi Masih Hidup Walaupun Telah Jatuh Dari Tingkat Atas

Lelaki ini ditutup matanya sebelum dihumban daripada bumbung sebuah blok menara kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kaum sejenis.

Sebelum dia dihumban, lelaki yang dipercayai berumur 50-an itu, dapat dilihat di atas kerusi putih sambil diapit oleh dua orang lelaki bertopeng dalam pakaian tentera seragam gelap.

Menurut sumber daripada Hak Asasi Manusia Syria, jenayah lelaki terbabit ialah kerana mempunyai ‘hubungan homoseksual.

Menurut laporan dari Tal Abyad, bandar Syria, ISIS menghumban lelaki itu dari tingkat 7, tetapi selepas mendapati dia masih hidup, dia kemudiannya direjam sampai mati.

Entah bagaimana dia terselamat dan dapat dilihat duduk sementara orang ramai mengerumuninya. Dia kemudiannya direjam dengan batu sehingga mengakibatkan kematian.

Awal bulan lalu, ada juga kes lelaki lain yang direjam sehingga mati atas dakwaan yang sama.

Tapi seperti kita sedia maklum, ISIS hanya lah satu agenda pertubuhan yang mengaku mereka islam tetapi hakikatnya mereka bukan islam.

Sumber: LAICI KANG

Add Comment