Leher Kucing Ini Hampir Terputus Akibat Dikerat Orang Berhati Kejam

Seekor kucing jalanan ditemui tercedera di tepi jalan dan telah dihantar ke pusat perlindungan haiwan. Rupa kucing ini menyatakan segalanya dengan wajahnya menjadi sembab, mata yang membengkak dan kerutan besar lagi menyedihkan. Namun, kucing ini masih mempunyai harapan. Dengan penjagaan yang baik dan penuh perhatian, kucing yang menderita ini telah menjalani perubahan dan kembali dengan rupa yang asal.

Pada hari kucing bernama Nutmeg ini dibawa ke pusat perlindungan haiwan, terdapat kesan luka kelaran di lehernya dan memerlukan bantuan perubatan segera. Pada masa itu, ‘Kenosha Forgotten Friend’s ‘ telah tampil dan menghulurkan bantuan.

Seorang pekerja penyelamat telah memberitahu Love Meow, “Nutmeg telah dibawa dengan segera dari rumah perlindungan haiwan ke Hospital Haiwan Kenosha di mana Dr. Carlisle telah menanti dan memeriksanya.”

Sebelum mereka melakukan pembedahan ke atas Nutmeg, ia perlu dirawat dengan segera bagi jangkitan dan kebengkakan yang serius. Jadi, para kakitangan telah menyuntiknya dengan suntikan antibiotik. Dua pembedahan perlu dilakukan untuk menutup luka pada leher Nutmeg, dan ini diteruskan dengan beberapa rawatan laser.

Ujian juga menunjukkan yang Nutmeg telah dijangkiti dengan virus feline immunodeficiency yang positif (FIV+).

Kakitangan yang merawatnya dengan segera telah menyedari yang Nutmeg merupakan seekor kucing yang lembut dan mudah mesra. Nutmeg juga tidak menimbulkan kekecohan apabila dimandikan ataupun ketika rawatan yang menyakitkan sedang dilakukan kepadanya.

Ia juga tidak lama selepas itu, Nutmeg telah dapat menangkap dan mengingati rutin yang dilakukan oleh doktor haiwan di situ. Ia akan naik dengan sendiri ke atas meja rawatan dan berbaring di situ untuk membolehkan doktor menjalankan rawatan ke atasnya. Dan setiap hari keadaan Nutmeg beransur pulih sedikit demi sedikit.

Seorang penyelamat berkata, “Nutmeg seekor kucing yang sangat tabah dan manis selepas melalui pelbagai rintangan yang menyedihkan.”

Selepas beberapa bulan, Nutmeg telah diambil sebagai kucing peliharaan oleh seorang pemelihara wanita. Kini Nutmeg telah menemui rumah dan tuan yang menyayanginya.

Pihak ‘Kenosha Forgotten Friends’ berkata, “Nutmeg akan duduk di atas riba tuannya sambil merengus dan mendakapnya, dan melompat ke riba penjaga kegemarannya, dengan memandangnya dan berkata jika ia boleh bercakap, ‘Terima kasih penjaga saya, tetapi saya kini telah mempunyai rumah dan tuan.’ Sebenarnya bagi kebanyakan hati kami yang telah merawatnya, ia merupakan perasaan yang agak emosional, dan kami semua merinduinya.”

Di rumah barunya, Nutmeg mempunyai seekor ‘abang’ yang bernama Frankie, dan mereka berkongsi satu tempat tidur yang luas bersama.

Tuan baru Nutmeg berkata, “Nutmeg telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan menyakitkan dan ia berhak untuk mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya.”

Dan gambar terkini ini telah dapat membuktikan yang Nutmeg kini hidup gembira bersama tuan barunya dan telah memiliki segala yang diingini oleh seekor kucing. Nutmeg telah kembali menjadi kucing yang ceria dan bahagia. Rupa sebenarnya sangat comel dan manja.

Sumber: ERA BARU

Add Comment