Lawak Kucing Ini Cemburu Kerana Tuannya Bela Haiwan Lain

Secara umumnya, kucing boleh diklasifikasikan di dalam keluarga harimau, cumanya saiz mereka berlainan dan kucing juga lebih manja berbanding dengan harimau yang ganas.

Namun, kucing juga lazimnya berkarakter sombong. Mereka sangat menjaga dan melindungi kawasan masing-masing daripada diceroboh oleh kucing lain.

Tuan kepada kucing comel ini, Becky Yixi, mengatakan niat awalnya membeli kucing baru adalah supaya ia dapat menjadi teman kepada kucingnya di rumah.

Beliau juga beranggapan bahawa kucing tersebut akan menerima kedatangan kucing baru yang bakal menjadi rakannya itu. Ternyata anggapannya salah apabila kucing lamanya berasa cemburu dan terancam dengan kedatangan kucing baru.

Inilah yang berlaku ketika tuannya mahu meletakkan kedua-dua kucing tersebut bersama-sama supaya dapat bermain dan merapatkan hubungan.

Namun, apa yang berlaku adalah kucing lamanya didapati menghalang niat murni tuannya dengan berubah menjadi ganas dan mengakibatkan rakan barunya menjadi takut.

Bukan itu sahaja, bahkan tuannya juga mengalami kecederaan ringan semasa hendak meleraikan mereka.

Tuannya sedar bahawa kucingnya tidak dapat tinggal bersama dalam masa yang singkat lalu meletakkan kucing barunya itu ke dalam sangkar. Hal ini adalah bagi mengelakkan kucing lamanya itu menyerang kucing yang baru dibeli tersebut.

Lihat kucing ini sedang merenung kucing baru itu daripada atas katil. Lagaknya seperti samseng, bukan?

Harapan tuannya agar kedua-dua kucingnya itu akan hidup secara harmoni dan tidak bergaduh, mungkin akan memakan sedikit masa. Mari kita doakan yang terbaik!

Sumber: ERA BARU

Add Comment