Kucing Terbiar Ini Singgah Di Suatu Kedai Dan Telah Menjadikan Kedai Itu Sebagai Rumah Keduanya

Pada masa kini, adalah menjadi sesuatu yang sangat biasa melihat seseorang membawa haiwan peliharaan mereka bersama ke kedai-kedai untuk membeli-belah. Namun, pernahkah anda melihat haiwan peliharaan seperti kucing ke kedai dan membeli-belah secara bersendirian?

Apa yang berlaku di kedai Wilko, di Bristol, seekor kucing – yang dinamakan ‘George’ oleh pekerja-pekerja di situ, sering melawat kedai tersebut. Dia [kucing] sangat berdedikasi dan sering kali kelihatan menunggu di luar bangunan ketika mereka mahu membuka kedai tersebut pada waktu pagi.

Sudah berbulan-bulan George melakukan apa yang dilakukannya, dan bagi mereka yang baru mengetahui mengenai George, mereka mengangkat cerita ini dan menjadikan George sebagai selebriti di atas talian.

George yang sedang tidur di dalam kedai tersebut

Seperti yang diberitahu oleh pekerja-pekerja kedai tersebut, George memiliki pemilik. Dia hanya suka untuk melawat kedai ini setiap hari, dan biasanya untuk tidur.

Ramai pelanggan yang tersilap sangka bahawa George merupakan arca atau patung kapas semasa dia sedang tidur, terutamanya kerana dia suka tidur di bahagian terletaknya permainan.

Mungkin pemiliknya suka bermain alat muzik dengan kuat yang menyebabkan haiwan ini memerlukan kawasan yang tenang baginya untuk melelapkan mata.

“Buatlah seperti rumah sendiri”

Dia mampu tidur di mana sahaja

Peminat George telah membentuk sebuah kumpulan Facebook, terutamanya untuk berkongsi gambar idola mereka dan juga dengan harapan akhirnya dapat mencari siapa pemilik haiwan ini.

Ramai yang memberi pandangan bahawa George melakukan perkara yang dilakukannya ini setiap hari kerana dia sukakan perhatian yang diberikan kepadanya.

Kedai Wilko bukanlah satu-satunya kedai yang dikunjunginya, tetapi kucing terkenal ini telah juga ditemukan di kedai-kedai lain seperti kedai untuk pinjaman wang.

George di kedai lain

Mungkin tiada sesiapa yang dapat menyelesaikan misteri pemilik bagi kucing ini. Tetapi kita perlu menghargai kenyataan bahawa mengapa George sangat sukakan kedai tersebut.

Barangkali dia dihantar oleh pemilik kedai untuk menjadi mata-mata untuk melihat sama ada pekerja kedai tersebut melaksanakan kerja atau mencuri tulang.

Sumber: Era Baru

 

 

Add Comment