Kucing Spesies Pemalas Kerja Tidur Dan Makan Tak Macam Anjing

Gambar yang lucu dan realistik ini memaparkan mengapa hidup bersama dengan kucing dan anjing adalah berbeza. Jadi, mana satukah yang menjadi pilihan anda! Meow atau woof?

Kita sering mendengar bahawa kucing dan anjing berada di dunia yang berlainan.

Anjing adalah haiwan yang penyayang dan pandai bergaul, boleh dibawa bersiar-siar serta gemar perutnya diusap. Manakala kucing pula suka tidur di tempat persembunyiannya, mengejar dan menangkap mainan kayu dan tali, serta suka dibelai dan diusap oleh manusia pada bahagian kepala dan lehernya.

Menurut, kajian yang dijalankan oleh seorang profesor MIT, Roman Stocker, anjing dan kucing masing-masing mempunyai pendekatan mereka sendiri.

Kita boleh lihat cara mereka minum air di mana kucing minum dengan cara menghirup manakala anjing pula terus memasukkan mulutnya ke dalam air.

Tetapi tidak kira bagaimana berbeza pun mereka, kasih sayang manusia terhadap mereka masih sama. Justeru, sama ada anda sukakan kucing mahupun anjing, mereka tetap menjadi peneman setia kepada kita. Tidak dapat dinafikan bahawa peneman setia kita ini sentiasa menerangi hari-hari dan menyinari hidup kita.

1. Anjing sukakan air tetapi kucing bencikan air…

2. Anjing suka berjalan dan beriadah bersama tuannya, manakala kucing suka tidur!

3. Anjing suka menikmati perjalanan menaiki kereta tetapi tidak bagi kucing…

4. Anjing adalah sejenis haiwan omnivor, manakala kucing pula sejenis haiwan karnivor…

5. Anjing gembira apabila diusap perut, tetapi kucing sangat benci diusap perut…

6. Bagaimana kelakuan mereka apabila tuan mereka sedang bekerja di rumah…

7. Bagaimana mereka menyambut kepulangan tuan mereka…

8. Bagamana mereka bermesra dengan tuan mereka…

9. Tabiat tidur mereka yang berbeza…

Sumber: www.erabaru.com.my

 

Add Comment