Kucing Saya Diculik Ketika Di Sekolah Dan Penculik Tak Nak Pulangkan Dody

Cinta dan kasih sayang tidak terhad kepada manusia sahaja bahkan cinta boleh diletakkan kepada Allah dan Rasulullah bahkan kita boleh juga mencintai haiwan.

Pernah tak anda membela kucing? Rasanya ramai daripada kita pernah mencintai kucing betul tak? Sama ada kucing jalanan atau kucing sendiri terdetik rasa kasih dan sayang pada haiwan comel ini kan?

Namun, apakah perasaan dan tindakan yang anda akan lakukan jika kehilangan kucing kesayangan anda? Hilang sebab diambil oleh orang lain yang menyangkakan kucing anda tidak bertuan atau sebab kucing anda terlalu comel.

Seorang wanita berkongsi kisah sedihnya apabila kucing nya dicuri oleh orang lain, selama 3 bulan penantiannya menunggu kucing kesayangannya bernama Dody pulang akhirnya terjawab. Rupanya Dody di kutip semasa berjalan bersendirian.

Hatinya luluh semasa mendapati kucing yang disangkanya hilang sudah jumpa. Dia memanggil nama kucing kesayangannya, “Dody mari sini dekat dengan mama”. Dody seperti kucing yang baru bertemu tuannya mengenali suara yang memanggilnya dia adalah tuan yang pernah menjaganya suatu ketika dahulu.

Dody datang dalam keadaan gembira memeluk tuannya, wanita itu merasa terharu dan membalas pelukan dan mengusap dody dengan sangat gembira. Memang sah lah itu dody yang pernah dibelanya, warna bulunya, bau busuknya dan telatah nya sama seperti kucingnya yang hilang.

Tapi kegembiraannya terhenti apabila anak tuan baru dia datang ambil dody daripadanya. Wanita itu terpempan dan terpaksa bagi kepada anak kecil itu sebab dah jaga dody selama 3 bulan. Dody hanya mampu melepaskan pandangan penuh makna kepada bekas tuannya.

Image may contain: cat and indoor

Satu lagi orang yang menjaga Dody tak bagi sebab dia cakap kucing tu anak dia jumpa berdekatan kawasan sekolahnya walaupun itu memang kucing dia. Tak sepatutnya dia kutip Dody di sekolah sebab dody ada pakai loceng menandakan kucing itu dah berpunya bukan kucing liar berkurap yang tak bertuan

Allahu, sedih tak tahu nak cakap. Nak melawan dan bertengkar pun tak guna biar pun hati dah rasa sedih sangat bukannya diorang akan bagi. Saya terpaksa redha dan terima Dody bukan kucing saya lagi. Saya berharap tuan baru dia jaga dan sayang dia sama macam saya sayang dia😢😢😢😢

Image may contain: one or more people

Kini Dody kucing comelku hanya tinggal kenangan, apakah pendapat tuan puan patutkah saya biarkan dody dicuri ataupun saya tuntut hak saya? Tolong share supaya orang yang culik dody  terbaca cerita ini.

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

 

Add Comment