Kucing Menjadi Lumpuh Akibat Mogok Tak Nak Pakai Baju Yang Dibeli Oleh Tuannya

Tuan kepada kucing comel bernama Sam ini telah membelikannya sehelai baju ThunderShirt yang dikatakan mampu membantu Sam menangani masalah kebimbangannya.

 

Baju itu direka khas bagi membantu kucing atau apa-apa haiwan peliharaan anda ketika waktu-waktu tertekan. Ia direka dengan fungsi untuk memberikan tekanan yang lembut dan sekata serta membolehkan haiwan peliharaan anda berasa lebih tenang.

Ia berguna bagi menghalang haiwan peliharaan anda daripada merasa takut ketika hujan, guruh, mendengar bunyi bising dan sebagainya.

Tuan kepada Sam menyangkakan setelah memakaikan Sam dengan baju tersebut, dia akan berubah menjadi tenang tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Respon yang ditunjukkan oleh Sam begitu melucukan sehingga membuatkan anda mahu menangis kerana tidak tahan melihatnya.

 

Sam menjadi lumpuh dengan serta-merta dan tidak mahu bergerak. Tidak tahu mengapa tetapi dia kelihatan seperti benar-benar kaku setelah memakai baju ThunderShirt itu.

Lebih melucukan, sebaik sahaja tuannya menanggalkan baju tersebut, Sam terus bangkit dan mampu bergerak dengan sempurna seperti sedia kala. Ajaib!

Keletah Sam sememangnya menceriakan lagi hati seisi keluarganya. Comel!

Sumber: Sunny Skyz, Era Baru

Add Comment