Kucing Melecur Akibat Terkena Jalan Tar Dan Kini Dia Berada Dalam Keadaan Tenat

Tar adalah satu bahan untuk menurap jalan raya, jalan tar bagus untuk pergerakan kenderaan di atas jalan raya berbanding jalan rumput mahupun jalan berpasir.

Untuk menurap jalan tar, tar perlu dipanaskan terlebih dahulu dan di letak dalam tangki lori. Tar yang panas akan dituangkan di atas jalan raya dan diratakan.

No automatic alt text available.

Namun suatu kejadian yang tidak disangka berlaku kepada kucing ini. Kucing ini melecur kerana terkena Tar yang panas, dia dalam keadaan tenat dan memerlukan bantuan kewangan.

No automatic alt text available.

Kucing ini ditemui oleh pihak JPAM di Gemas Negeri Sembilan, ketika ditemui tar masih melekat di badan kucing ini. Pihak JPAM telah membersihkan tar di yang berada di tubuh kucing ini.

No automatic alt text available.

Kucing ini telah pun memiliki owner, tapi pemiliknya mempunyai kekangan wang untuk membiaya wang perubatan kucing ini. Kulit kucing ini masih melecur dan dikhuatiri terkena jangkitan kuman

 

 

Add Comment