Kucing Kentut Lagi Dasyhat Daripada Kentut Manusia Berbau Petai

Ada kawan yang bertanya adakah seseekor kucing itu kentut Jawapannya ya kucing juga kentut Kucing adalah haiwan karnivor yang makan banyak protein.

Protein akan menghasilkan gas berbau busuk kerana protein diketahui mengandungi sulfur dalam jumlah yang banyak. Sulfur adalah sejenis bahan kimia yang mempunyai bau.

Kentut kucing selalunya senyap tidak berbunyi. Tapi bau kentut kucing adalah sungguh dahsyat!

Jarang kucing kentut berbunyi kerana gas yang mereka hasilkan adalah sedikit, tetapi tumpat dan pekat.

Kucing mempunyai tekanan dalam yang rendah pada sistem gastrointestinal mereka, jadi kentut mereka keluar perlahan-lahan dan secara konsisten.

Otot-otot pada bontot mereka tidak tertutup seketat bontot manusia, jadi kentut kucing kurang berbunyi.

Kentut adalah perkara biasa buat proses penghadaman dan biasanya berlalu dengan cepat. Namun begitu, kentut yang berlebihan, khususnya apabila ia berbau busuk dan disertai dengan gejala-gejala lain, mungkin menunjukkan bahawa sesuatu yang tidak kena dalam sistem pencernaan kucing anda.

Anda sudah tentu tidak dapat menghalang kucing daripada terkentut, sama juga seperti anda ingin menahan kentut. Pasti sukar bukan?

Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengurangkan kekerapan kucing anda terkentut atau mungkin mengurangkan baunya juga dengan memberi kucing anda makanan berkualiti tinggi.

Anda juga boleh menyekat pengambilan susu kerana laktosa di dalam susu boleh menyumbang kepada apa-apa masalah penghadaman.

Jika ini juga tidak menghalang kucing anda untuk terus-menerus kentut, anda perlu berjumpa dengan doktor haiwan yang diiktiraf untuk mendapatkan rawatan dan nasihat yang lebih professional.

Add Comment