Kucing Kebuluran Menyelinap Masuk Ke Dalam Jabatan Bomba

Bagi pencinta kucing, kehadiran kucing walau di mana sekali pun pasti akan membuatkan anda geram melihat mereka.

Pada satu hari, seekor kucing jalanan yang kemudiannya dinamakan sebagai Flame telah dilihat berlegar-legar di Jabatan Bomba Belmont, Greenville SC.

Pada awalnya, anggota bomba yang melihat kucing tersebut merayau-rayau di sekitar kawasan balai bomba hanya membiarkannya dan tidak begitu mempedulikan Flame.

Tetapi apa yang mereka tidak sedari adalah, Flame berniat untuk menjadi penghuni tetap di balai bomba tersebut mungkin untuk satu tempoh yang lama.

Saat pertama kali Ketua Jabatan Bomba tersebut yang bernama Segars melihat kelibat Flame, dia mengenal pasti bahawa Flame sedang kebuluran. Dia kelihatan sangat kurus dan sentiasa mencari makanan di dalam almari.

Setelah kekenyangan, Flame akan tidur di mana sahaja yang ia dapati selesa dan gelagat ini membuatkan seluruh anggota bomba di jabatan tersebut mula menyenangi kehadiran Flame dan tidak sampai hati ingin menghalaunya.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada Segars bahawa Flame akan menjadi penghuni tetap di jabatan tersebut dan akan tinggal di sana selama mana yang ia mahu.

Bertuah sungguh Flame kan? Daripada kucing jalanan tidak bertuan dan melalui hidup yang terkontang-kanting, kini Flame mempunyai ramai individu yang menyayanginya dengan sepenuh hati.

Jika anda menikmati kisah Flame ini, kongsikannya bersama keluarga dan rakan tersayang anda.

My Cat From Heaven – Flame the Firehouse Cat

Who needs a Dalmatian when you can have a cat watching over the firehouse?

Posted by Animal Planet on 30hb Jun 2017

Sumver: ERA BARU

Add Comment