Kucing Jantan Ini Cuba Mengorat Kucing Robot Betina Ini

Kucing merupakan haiwan yang tidak pernah lokek dengan reaksi. Meskipun pada kebanyakan masa mereka kelihatan seperti ‘Garfield’ yang memberi reaksi malas dan mudah bosan, tindakan mereka menjelaskan segalanya. Walaupun berada dalam kelompok keluarga haiwan pemangsa, mereka ini tidak pernah gagal untuk menghiburkan kita.

Kita boleh dikatakan sebagai organisma yang mudah tertipu dan terpedaya dengan kecomelan yang ada pada seekor kucing. Cukup dengan hanya memaparkan mata yang besar dan aksi yang comel, kita terus jatuh hati dan tertipu dengan tindakan mereka tanpa kita ketahui niat mereka (mungkin ada yang cuba untuk membunuh kita >_<).

Sebagai sebuah organisma yang mempunyai seribu rancangan dan pelan, manusia membalas balik dengan memperdayakan mereka yang digelar kucing.

Kucing-kucing ini dipertemukan dengan sebuah mainan yang sangat mirip dengan mereka. Malah mainan itu juga mampu bergerak setiap sendinya seperti seekor kucing biasa.

Reaksi pertama kucing-kucing ini ialah menilai dan memerhatikan dahulu ‘rakan’ berbulu baharu mereka.

Mereka memberikan renungan yang panjang semasa mereka. Ada di antara mereka yang menunjukkan reaksi was-was, seakan mengetahui kucing itu merupakan kucing palsu, ada yang mahu bergurau dan bergaduh.

Dan ada juga yang seakan tidak kisah dengan kewujudan kucing palsu tersebut, lalu baring sahaja bersamanya.

Lihat reaksi kucing-kucing ini apabila berdepan dan bertentang mata dengan ‘rakan’ mereka. Reaksi mereka ini pastinya akan dapat mencuit hati anda.

Sumber: Era Baru

INGINKAN KUCING ANDA JADI SADO SEPERTI KAKA KAMPIT BERAS

Image may contain: cat

Image may contain: 1 person, standing and cat

Sehingga membuatkan kucing lain menyampah dengan kesadoan kucing anda

Image may contain: cat, meme and text

Dapatkan Vitamin Kucing terbaik abad ini untuk menyado kan kucing anda sila pm saya dengan menekan link wasap.my/60136390356

Ingat PM saya untuk harga terbaik

Add Comment