Kucing Ini Selalu Membuatkan Netizen Naik Gila Kerana Pakar Dalam Bersembunyi

Setiap pemilik kucing tahu perasaan cemas apabila kucing kesayangan anda tidak dijumpa di mana-mana. Bagi seorang penulis dan juga pelawak dari New York iaitu Grace Spelman, permainan sorok-sorok merupakan aktiviti utama yang sering dilakukan bersama kucingnya, Pierogi.

Segalanya bermula pada awal Oktober lalu apabila Grace dan Pierogi berpindah ke sebuah apartment baru. Memandangkan kucing comel ini baru hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling, Pierogi yang penuh dengan sifat ingin tahu telah menjelajah setiap ceruk ruang di rumah tersebut.

Dalam situasi ini juga, Pierogi mulai sedar bahawa terdapat banyak lokasi yang sesuai dijadikan sebagai tempat persembunyian daripada tuannya.

Boleh dikatakan hampir setiap hari Pierogi akan bersembunyi di lokasi baru dan hal ini membuatkan Grace tidak mahu melepaskan peluang untuk kongsikan detik melucukan ini bersama rakan-rakannya di Twitter.

Grace akan memuatnaik beberapa pos bertajuk ‘Di mana Pierogi’ setiap minggu dan membuatkan netizen sukakannya!

Bahagian yang paling menghiburkan adalah, Pierogi merupakan seekor kucing yang pakar dalam permainan sorok-sorok ini sehingga ada yang ‘naik gila’ mencari Pierogi.

Tidak percaya dengan kemahiran Pierogi dalam menyembunyikan diri? Anda lihat setiap gambar di bawah dan kenal pasti di manakah kucing bijak ini bersembunyi.

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

Sumber: ERA BARU

Add Comment