Kucing Ini Sebenarnya Kurus, Dia Ditipu Oleh Ketebalan Bulunya

Bone adalah kucing yang berasal daripada Thailand, dia memiliki badan yang menggiurkan dan bulu yang sangat lebat. Kehidupan Bone sangat happy apabila disayangi ramai orang terutama tuannya. Dia Dikenali sebagai Bone Bone di dunia Instagram dan telah mencecah 184k follower. Instafamouse versi kucing ini sememangnya mampu mencuit hati anda dengan lenggok nya yang menggoda

Dia selalu dipakaikan dengan aksesori beg terutama ketika berjalan jalan

Pemilik Bone selalu membawa dia untuk bersenam dan berjalan jalan, dia akan diikatkan dengan tali semasa aktiviti riadah atau bersenam dilakukan. Bone bukan lah kucing yang pemalas tapi dia boleh dikatakan cergas apabila mampu memanjat pokok setinggi 1 meter.

Bone amat membenci perutnya yang semakin lama semakin boroi dan menyukarkan pergerakannya. Dia cuba mengempiskan perutnya dengan cara menggigit supaya angin dapat keluar dari perutnya.

Namun semua usahanya gagal, dia menjadi gemuk kerana dia terlalu gembira akan kehidupannya dan dia tidak dapat menolak pelawaan tuannya yang menjamah dia dengan makanan sedap.

Bone adalah kucing yang mengutamakan kebersihan dan penampilan diri. Dia akan mandi apabila merasakan tidak selesa atau kulit nya tidak bersih akibat bermain ke sana sini.

 

Disebabkan itu Bone menjadi semakin hensem dan berisi. Dia disayangi ramai penduduk maya kerana kecomelan yang tiada tandingan

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment