Kucing Ini Menjadi Kawan Kepada Anjing Ini Dikala Dia Merasa Kebimbangan

Semua orang tahu bahawa anjing dan kucing bukanlah kawan yang baik malah mereka adalah musuh tradisi antara satu sama lain. Mereka sering bergaduh dan tidak sehaluan sehingga munculnya pepatah melayu ‘seperti anjing dengan kucing’. Namun begitu, tidak semua anjing dan kucing adalah mush. Mereka juga sebenarnya boleh berkawan dengan baik, bermain malah hidup bersama di bawah satu bumbung.

Kuma dan Tora adalah anjing dan kucing yang bersahabat baik sejak beberapa tahun dahulu. Kuma yang merupakan anjing spesies Alaskan Malamute dan Husky, dikatakan mempunyai gangguan kesihatan yang dikenali sebagai anxiety disorder (gangguan kebimbangan). Oleh itu, ia memerlukan teman yang boleh menenangkan perasaanya daripada keresahan yang berpanjangan. Oleh kerana itu, pemiliknya, Sara memutuskan untuk mengambil seekor anak kucing supaya dapat menjadi kawan kepada Kuma.

Inilah Tora, si anak kucing yang comel!

Sara telah melihat beberapa iklan atas talian mengenai beberapa anak kucing untuk diambil, tetapi dia dan pasangannya telah memilih Tora, seekor anak kucing berbulu pendek.

Dia memberitahu DognMeows bahawa mereka memilih Tora kerana hidungnya yang cantik. Tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah Tora, tetapi yang dia tahu adalah Tora pernah tinggal bersama seorang wanita yang mempunyai anjing spesies Alaskan Malumute.

Walaupun Sara memutuskan untuk mengambil Tora pada usianya 10 minggu, dia berasa sedikit risau mengenai reaksi Kuma terhadap kawan barunya itu. Namun begitu, kesemua kerisauan Sara akhirnya reda apabila pertemuan pertama Kuma dan Tora berjalan dengan baik sekali!

Tora dan Kuma adalah dua ekor sahabat baik!

Kuma menderita dengan penyakit keresahan yang membuatkannya perlu sentiasa ditemani…

Oleh kerana itu pemiliknya, Sara mengambil keputusan untuk mengambil seekor anak kucing untuk menjadi kawan Kuma…

Pertemuan pertama mereka telah membuatkan mereka saling ‘jatuh cinta’!

Anak kucing itu pada awalnya takut kepada manusia tetapi ketika ia dipertemukan dengan Kuma, ia tidak pula menunjukkan ketakutan. Tora mungkin selesa dengan Kuma kerana ia juga pernah membesar bersama anjing yang sama spesies dengan Kuma suatu ketika dahulu.

Tora begitu menyayangi Kuma…sahabat baiknya!

Nampaknya mereka saling melengkapi antara satu sama lain…

Jelas sekali bahawa Tora suka akan sahabat barunya yang kini menjadi sahabat baiknya. Bagi Kuma, ia juga mempunyai perasaan yang sama seperti Tora.

Kini kedua-dua haiwan ini seolah-olah sudah tidak dapat dipisahkan lagi!

Sumber: ERA BARU

Add Comment