Kucing Ini Mempunyai Dua Mulut, Dua Hidung Dan 3 Pasang Mata

Seekor kucing lahir dengan penuh keistimewaan. Kucing ini mempunyai dua hidung, dua mulut, dan tiga mata.

Menarik, bukan?

Dijumpai di tong sampah, kucing ini diselamatkan oleh seorang wanita pada 12 Disember lalu di South Africa. Semenjak diselamatkan, penjaga itu menjaga kucing ini dengan penuh perhatian dan kasih sayang.

Dia sentiasa memberikan susu melalui botol kepada kucing comel ini.

Selepas diperiksa doktor, kucing ini lahir dengan sindrom Diprosopus, iaitu dilahirkan dengan dua muka. Keadaan seperti ini dikenali sebagai “Janus Cats”.

Akan tetapi, kucing istimewa ini mampu hidup normal seperti kucing biasa. Dengan nama baru iaitu “Little Bettie Bie”, dia kelihatan hidup semakin sihat dan kuat.

Selepas enam hari, Little Bettie Bie telah mula membuka matanya. Mata pada bahagian tengah pula semakin membuka. Di sebalik ‘keistimewaannya’, Little Bettie Bie juga telah dilihat mampu menjalani kehidupan yang lebih mencabar pada masa hadapan.

Usianya kini hampir memasuki hari ke 14. Dia juga semakin aktif dengan berat mencecah 200 gram. Penjaganya sendiri kagum melihat perkembangan kucing kesayangannya.

Pada tahun 2014, seekor kucing Janus telah pun meninggal dunia iaitu Frankenlouie. Dia meninggal pada usia 15 tahun yang menyaksikan kucing jenis Janus paling lama hidup.

Kucing ini juga sangat beruntung kerana telah dijaga oleh seorang tuan yang amat prihatin dan sentiasa mengambil berat akannya.

6 days today

Posted by Bettie Bee on 18hb Disember 2017

Sumber: Era Baru

Add Comment