Kucing Ini Memandang Manusia Dengan Penuh Kebencian

Kucing terbiar dijumpai ketika pemeriksaan rumah, dan riak mukanya jelas menunjukkan perasaan benci setiap saat.

Paul Tateosian dari Sarasota, Florida Amerika Syarikat sedang melakukan pemeriksaan rumah bersama rakan lain. Tetapi bunyi kucing secara tiba-tiba mencuri perhatian mereka.

Seekor kucing gebu berwarna oren kemerah-merahan datang menuju untuk mencuri perhatian mereka. Sedihnya apabila Paul Tateosian dan rakannya menyedari bahawa rumah tersebut merupakan rumah terbiar tanpa sebarang makanan mahupun minuman.

Mereka tertanya bagaimana terdapat seekor kucing di rumah tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk menjaga dan membela kucing ‘garang’ tersebut.

Paul cuba untuk memberinya mangga yang dijumpai di atas tanah. Mukanya jelas menunjukkan perasaan tidak suka akan makanan tersebut.

Dan dilihat dari rupanya, kucing tersebut jelas sekali tidak kagum dengan kunjungan Paul dan rakan-rakannya di rumah tersebut, tetapi dia masih berada di tempat tersebut sambil melihat-lihat mereka melakukan kerja pemeriksaan.

Menurut Paul, mengetahui bahawa pemilik rumah tersebut sudah berpindah, dan memandangkan semua barangan rumah sudah tiada, mereka mengambil keputusan untuk membawa balik dan menjaga kucing tersebut. Kucing berwajah perengus tersebut memerlukan penjagaan dan perlindungan.

“Di Florida (Amerika Syarikat), haiwan liar seperti buaya/ helang/ burung hantu/ ular berupaya menjadi pengancam kepada haiwan kecil ini. kucing ini memerlukan rumah,” Paul memberitahu Love Meow.

Kucing perengus tersebut diberi nama Garfield kerana wajahnya yang kelihatan sentiasa marah dan membenci sekeliling, sama seperti watak kartun terkenal tersebut. Namun begitu, Paul dan rakan-rakannya yang lain yakin bahawa hati kucing tersebut gembira setelah mempunyai pemilik.

Wajah Garfield yang sentiasa kelihatan marah dan bosan.

Diberi nama Garfield kerana mukanya seperti watak kucing kartun popular, di samping memiliki warna bulu yang sama antara kucing ini dengan watak kartun tersebut.

Garfield sangat rapat dengan manusia walaupun mukanya tidak memberitahu perkara tersebut. Garfield sangat senang dan selesa bersama dengan orang lain. Mungkin ramai menyangka dia merupakan kucing yang garang dan tidak ingin bersama manusia berdasarkan rupanya.

Garfield kini sudah memiliki tuan yang akan menjaganya dan memenuhi keperluannya.

Sumber:  ERA BARU

 

Add Comment