Kucing Ini Mampu Meraih RM 400 Ringgit Sehari Hanya Dengan Mengemis Di Jalanan

Sir Whines-A-Lot mungkin boleh dikatakan sebagai kucing paling kaya setelah berjaya menjalankan aktiviti tersendiri. Tetapi apa yang menariknya duit yang diperolehinya akhirnya diserahkan kepada gelandangan yang memerlukannya. Baik hati bukan? Anda rasa apa yang dilakukan kucing ini sehingga boleh mendapatkan ‘pendapatan’ sendiri? Ya, dia telah mengambilnya daripada orang ramai!

Sir Whines-A-Lot adalah kucing yang telah diselamatkan dan kini tinggal di pejabat GuRuStu, firma pemasaran yang berpusat di Tulsa. Suatu pagi, tuannya Stuart McDaniel, masuk ke pajabat seperti biasa dan mendapati ada beberapa kepingan wang di pintu.

Kejadian tersebut terus berlaku dan McDaneil tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Dia akhirnya memutuskan untuk menjalankan sebuah eksperimen. “Kami cuba menghulur wang melalui jurang di pintu, dan kucing itu terus melompat dan merampasnya.”

Sewaktu masa kerja, Sir Whines-A-Lot berkelakuan seperti kucing biasa, bermain, berlari dan menunjukkan ‘imej’ seperti kucing lain.

Tetapi apabila pejabat ditutup dan tiada siapa yang boleh bermain dengannya, Sir Whines-A-Lot mula rasa kesepian. Oleh itu, setiap kali seseorang mendekati pintu pejabat, dia akan melakukan apa sahaja sehingga membuat mereka berhenti seperti memukul dan dan melompat-lompat di pintu kaca tersebut. Adakalanya ada yang menghulurkan wang melalui pintu itu sebagai mainan buat kucing itu.

Menurut McDaneil lagi, kucingnya dengan pantas mengambil wang yang dihulurkan kepadanya. Jika ada yang mahu bermain-main dengannya dengan menghulurkan wang, anda perlu berhati-hati. Sir Whines-A-Lot akan cuba sedaya upaya untuk merampas wang tersebut.

Percaya atau tidak, dengan hanya satu malam ‘bekerja’ dia berjaya mengumpulkan wang sebanyak ini!

Sir Whines-A-Lot telah berjaya memperolehi lebih daripada $ 100 (RM450). McDaneil kemudian memutuskan untuk mendermakan wang tersebut kepada Tulsa Day Center for the Homeless, supaya dapat membantu mereka yang tiada tempat tinggal di bandar ini.

The strangest thing has been happening at the office on weekends. When we show up on Saturday mornings and sometimes even on Sunday afternoons, we find a couple dollars on the floor near the door. Now we knew no one was paying their invoice in singles, but we just couldn't figure it out. Well at least not until we decided to test a theory on our little #CashnipKitty. Apparently he's quite the hustler, playing all the late night partiers traveling by foot on 3rd, Friday and Saturday nights.

Posted by CASHnip Kitty on 28hb Ogos 2017

Sumber: Era Baru

 

Add Comment