Kucing Ini Mampu Melompat Setinggit 200M Dan Membuat Gaya Gimnastik Di Udara

BAGI kami, kucing mungkin merupakan haiwan peliharaan yang hampir sempurna.

Melihat telatahnya saja, sudah cukup menghiburkan. Mereka gemar bermain dan boleh bermain berjam-jam lamanya.

Ada kalanya lagak mereka tidak ubah seperti ahli akrobat yang anjal dan boleh melompat tinggi seakan-akan ahli gimnastik.

 

 

Dengan tubuh yang ringan dan fleksibel, sesetengah kucing dapat melompat sehingga lima atau enam kali ganda daripada ketinggian mereka sendiri.

Anda tak percaya? Jom lihat sebuah video berdurasi 2 minit 43 saat ini yang memaparkan seekor kucing mampu melompat setinggi hampir 2 meter.

Video berjudul “Nothing Can Rival The Jumping Cat!” sehingga kini telah dipertonton di saluran Youtube mencecah 3 juta tontonan semenjak dimuat naik pada 2012.

Kucing yang dikenali sebagai Neko itu melakukan beberapa siri lompatan untuk mengambil balutan tikus mainan yang diletakan oleh tuannya.

Rakaman aksi kamera dengan kadar shutter speed yang tinggi membuatkan visual dirakamkan tampak begitu cool.

Jepun sememangnya merupakan negara yang begitu mencintai haiwan berkaki empat ini.

Dikatakan, terdapat sebuah pulau dengan panggilan Pulau Kucing disebabkan populasi kucing lebih ramai daripada manusia di sana.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Add Comment