Kucing Ini Kesejukan Dilanda Taufan, Datang Seorang Lelaki Bertindak Membantunya

Seorang lelaki Florida yang mengambil angkat kucing dari tempat perlindungan haiwan tempatan tepat sebelum Taufan Irma melanda selamat kembali ke Miami dan turut mengambil angkat kucing lain yang juga terselamat dari ribut taufan.

Pada bulan September, pengguna reddit danknissan bersedia untuk menuju ke utara untuk pindah dari dilanda ribut yang dahsyat. Sebelum dia meninggalkan bandar, dia berhenti di Humane Society di Miami dan mengambil angkat seekor kucing kecil dari tempat perlindungan.

“Kalau saya akan berpindah dari taufan ini, saya sepatutnya berpindah bersama dengan seorang teman. Saya dan rakan sekerja saya pergi ke tempat perlindungan bersama-sama. Apabila kami tiba di kandang Ryder … saya buat keputusan untuk mengambil angkat dia,” katanya

Dia mengambil angkat kucing tersebut dari tempat perlindungan beberapa hari sebelum taufan melanda kawasan itu.

Selepas perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam dan 30 minit, di mana kebanyakkannya Ryder tidur, mereka tiba di sebuah hotel untuk bermalam. Ryder adalah seorang penumpang yang sangat baik dan tak pernah merungut semasa dalam perjalanan.

Kucing tersebut sangat gembira apabila mempunyai seseorang untuk menemaninya.

Selepas seminggu kemudian, mereka kembali ke Miami. Ryder tidur dengan selesa di kondo kucing semasa pulang ke rumah.

Kemudian dapati yang kucing ini sebenarnya seekor kucing jantan.

“Tempat perlindungan itu mengelaskannya sebagai kucing betina jadi nama pertamanya ialah Ryder.” Mereka kemudian menamakan dia semula sebagai “Street Boy.”

Setiap hari Street Boy melihat melalui tingkapnya, mungkin memikirkan tentang kehidupan.

Pada ketika itulah manusianya dapat idea yang mereka perlukan seekor kucing lain.

“Saya mengambil angkat seekor lagi selepas taufan Irma berlalu pergi dan dia seekor kucing hitam yang bernama Mitts.”

Kedua-duanya dengan cepat menjadi rakan sambil memeluk sesama sendiri.

Beberapa bulan kemudian, anak kucing lain tiba. Sama seperti Street Boy, dia juga diselamatkan dari ribut taufan. Bunny, kucing yang dahulunya kucing jalanan, memerlukan sebuah rumah yang penuh kasih sayang.

“Dia datang dari Tampa dan ditangkap di pagar dan tak dapat melarikan diri. Kawan saya menyelamatkannya dari bencana Taufan.”

“Saya mengambil dia dan membawa dia kembali ke rumah saya di Miami. ”

Bunny and Street Boy yang kedua-duanya diselamatkan dari bencana taufan kini tinggal di bawah bumbung yang sama.

Tiga rakan karib kucing berpelukan bersama-sama

Jangan lupa kongsikan cerita ini dengan rakan-rakan anda yang lain juga.

Sumber:  EMAS PUTIH

Add Comment