Kucing Ini Dilantik Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan Di Sebuah Bank

Manila: Sebuah bank di sini mengambil seekor kucing sebagai pengawal keselamatan untuk menangkap tikus yang sering kali merosakkan kabel dan dokumen penting di bank berkenaan.

Malah, kucing yang bernama “Muning” itu juga turut mempunyai kad pengenalannya sendiri

Memetik laporan dari myMetro, kucing tersebut sudah pun bekerja dengan Bank Pembangunan Filipina sejak lima tahun lalu dan Muning setakat ini bertindak cemerlang dengan menangkap seekor tikus sehari.

Bank tersebut membenarkan Muning untuk masuk ke dalam bank untuk pemeriksaan berkala mencari tikus.

Pada waktu makan dan rehat, Muning akan dilihat bersama-sama dengan pekerja-pekerja bank tersebut menjamu selera dan berehat.

Gambar kucing tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dan menjadi viral. Setakat ini, gambar kucing tersebut telah mendapat lebih daripada 1700 perkongsian.- Siakapkeli.my

Add Comment