Kucing Comel Hampir Diletupkan Dengan Bom Oleh Squad Pengebom

BURYATIA, RUSIA: Dua ekor anak anjing dan seekor kucing yang dibuang oleh pemilik mereka dalam kotak nyaris-nyaris mati diletupkan oleh polis.

Kedua-dua kotak kadbod itu dianggap mencurigakan gara-gara ditutup rapat dengan pita pelekat, lapor Daily Mail.

Kotak-kotak tersebut ditinggalkan di sebuah perhentian bas di bandar Ulan-Ude di Republik Buryatia, dan ditemui oleh para penumpang yang rasa bimbang kerana kedua-duanya ditutup rapat dan tidak kelihatan dimiliki sesiapa.

Skuad pemusnah bom kemudian dikerahkan dan mengelilingi kawasan itu, bahkan pakar-pakar turut menyekat trafik di jalan raya untuk memeriksa “pakej-pakej mencurigakan” tersebut, lapor Daily Mail.

Namun sangkaan mereka meleset – skuad pemusnah bom akhirnya menyedari ada sesuatu yang hidup di dalam kedua-dua kotak itu, membukanya dan mendapati ia hanyalah mengandungi dua anak anjing dan seekor kucing kecil.

Identiti individu yang membuang haiwan-haiwan itu dengan kejam masih belum dikenal pasti.

Menurut Daily Mail, salah seekor anak anjing berbulu hitam dan putih itu dibawa pulang serta merta oleh seorang penolong jualan di sebuah pasar raya berhampiran yang menyaksikan kejadian tersebut.

Seekor lagi anak anjing dan kucing berkenaan dikatakan dibawa ke tempat perlindungan haiwan.

– Agensi berita/nd

Add Comment