Kucing Bunting Ini Merayu Bidan Di Turki Untuk Menolong Dia Melahirkan Anak,

Seekor kucing yang sarat mengandung di wilayah Turki, merayu meminta pertolongan untuk melahirkan anak di hadapan sebuah pusat kesihatan keluarga. Dia yang bunting dan hampir melahirkan anak tidak mampu untuk bersalin bersendirian. Oleh itu dia telah menggunakan kepandaiannya dengan memujuk rayu manusia untuk menolongnya beranak.


Pada mulanya, jururawat yang membenarkan dia masuk tidak sedar kucing itu sedang bunting dan hampir melahirkan anak. Namun, setelah beberapa ketika mereka mendapat tahu kucing itu sarat mengandung setelah dia meneran untuk mengeluarkan anak tetapi tidak berjaya. Pusat kesihatan bersetuju untuk memanggil doktor haiwan bagi membantu proses bersalin berjalan lancar.

Akhirnya mereka membawa kucing itu ke pusat pemulihan haiwan, kucing itu dirawat oleh seorang doktor bernama Sefer Durmus. Dia mendapati kucing itu tidak dapat beranak dengan cara semula jadi jadi dia telah membawa kucing itu ke kawasan C

Selepas pembedahan berjaya dilakukan, kucing itu telah selamat melahirkan 4 ekor anak kucing yang comel dan sihat. Sesuatu pengakhiran yang sangat membahagiakan untuk kucing pintar seperti ini.

LENTERA EMAS

 

 

Add Comment