Kucing Aku Diculik Oleh Jiran Lalu Diseksa Hingga Mati Menggunakan Setereika Panas

UTAH, AMERIKA SYARIKAT: Seekor kucing diseksa dengan seterika panas hingga mengalami kecederaan teruk dan melecur di bahagian kemaluan, tubuh dan mukanya.

Dipetik daripada CNN, Kucing bernama Sage itu juga dipukul hingga tulang-tulangnya patah, termasuk tulang rusuknya, kesemua 10 jari di tapak kaki hadapannya dan tulang metatarsus di kaki belakangnya.

Lebih menyedihkan, kedua-dua mata Sage juga ditutup dengan pelekat, dan kemaluannya juga dilekatkan pelekat agar kucing tersebut tidak dapat membuang air kecil atau besar.


Kes itu disifatkan para pegawai tempat perlindungan haiwan di Utah sebagai “antara kes dera haiwan yang paling dahsyat pernah berlaku di dunia”.

Ia berlaku ketika pemilik Sage membenarkan kucing peliharaannya keluar sebentar untuk bersiar-siar.

Sage menerima rawatan perubatan namun malangnya, mati tidak lama kemudian.

Namun, polis Utah belum berjaya menangkap si pendera yang memperlakukan kucing tersebut dengan begitu zalim.

Bagaimanapun, gambar-gambar kucing bernama Sage dengan keadaan menyedihkan setelah didera itu tersebar luas hingga para pencinta haiwan di seluruh dunia mula menyumbangkan derma, lapor CNN.

Sejauh ini, lebih AS$50,000 (S$70,130) sudah dikumpulkan untuk dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang berjaya menjejaki si pendera tersebut.

Sebuah dana dipanggil Sage Friend Memorial Fund juga ditubuhkan untuk membantu haiwan-haiwan lain yang didera, dan sudah menerima sumbangan AS$20,000 (S$28,070).

– Agensi berita/nd

Add Comment