Kesian Donkey Terjatuh Dalam Tangki Kumbahan Akibat Dibuli Kawannya

Sebuah organisasi penyelamat haiwan di Udaipur, India, Animal Aid Unlimited (AAU) telah menerima panggilan yang memerlukan khidmat bantuan mereka. Menurut panggilan yang mereka terima itu, seekor keldai telah terperangkap dalam tangki kumbahan.

Sejurus mereka tiba, mereka terkejut dan tertanya-tanya bagaimana seekor keldai boleh terjatuh di dalam tangki kumbahan itu. Keldai itu berdiri di dalam tangki itu yang dipenuhi air kumbahan yang kotor dan sejuk setinggi paras dada.

Meskipun ia satu misteri bagaimana ia boleh terjatuh di dalam tangki itu, mereka menganggap kemungkinan besar ia bergaduh dengan keldai lain. Pergaduhan itu mungkin menyebabkan ia terjatuh ke dalam tangki itu.

Para penyelamat tahu bahawa mereka harus bertindak secepat mungkin untuk menyelamatkan keldai itu yang mungkin sudah terperangkap lebih 24 jam.

Mereka telah mendapatkan mesin gerudi dan mula menggunakannya walaupun tiada pengalaman menggunakan mesin itu sebelum ini.

Menurut kenyataan yang ditulis oleh kumpulan penyelamat ini di laman web mereka, mesin itu susah untuk digunakan namun oleh kerana mereka mengetahui apa yang berada di dalam tangki itu, kerja itu terasa mudah.

Beberapa jam kemudian, para penyelamat itu berjaya masuk ke dalam tangki dan membalut tubuh keldai itu dengan selimut. Selepas itu, mereka mengikat tali di bahagian badan keldai itu untuk mengangkat ia keluar daripada tangki itu.

Keldai itu kemudiannya dibawa keluar ke ibu pejabat Animal Aid Unlimited India.

Setelah keldai itu dibebaskan, ia sungguh gembira! Menurut kenyataan yang dibuat organisasi itu lagi, keldai itu bebas berlari, makan dan suka bermain dengan mereka yang menyelamatkannya.

Organisasi itu mengatakan ianya merupakan misi mereka untuk menyelamatkan haiwan yang sakit atau cedera. Mereka juga ingin menginspirasikan komuniti untuk melindungi dan menyayangi semua haiwan.

Melalui sebuah yang dimuatnaik ke laman Facebook mengenai proses menyelamatkan keldai ini, mereka mengatakan ini merupakan satu usaha menyelamat yang mereka tidak mungkin dapat lupakan.

Sumber: ERA BARU

Add Comment