Kereta Mengalami Kemalangan Akibat Seekor Lipas

SINGAPURA: Hanya kerana seekor lipas, seorang wanita yang sedang memandu kereta hilang kawalan dan terbabas pada jejantas di Jurong East Central, di sini.

Wanita berusia 61 tahun yang memandu Mazda merah itu telah merempuh binaan itu.

Bahagian depan kenderaannya remuk akibat hentaman kuat pada tangga jejantas dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu.

Bagaimanapun, wanita itu hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Umum Ng Teng Fong.

Difahamkan, ketika sedang memandu, wanita itu terkejut melihat adanya lipas dalam kenderaan itu, menyebabkan dia terus hilang fokus.

Setakat ini, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.- The Straits Times/Asia News Network

Sumber: mStar

Add Comment