Kerana Terlalu Marah Akan Makanannya Yang Dicuri, Kucing Ini Bertindak Menampar Buaya

Kucing adalah haiwan yang tidak mengenal erti takut dengan haiwan pemangsa yang lebih besar daripadanya walaupun kucing dikenali sebagai haiwan yang takut akan air. Sifat mereka ini membuatkan diri mereka seperti pahlawan atau panglima perang yang mempunyai hati yang kering.

Max adalah seekor kucing terbiar yang telah datang ke Zoo, pihak zoo telah mengambil max sebagai kucing belaan dan mereka memberi Max makan setiap hari. Namun begitu, tidak disangka tubuh yang kecil ini mampu menggegarkan hati buaya.

Pada suatu hari, Max bersiar siar di dalam Zoo dan telah termasuk ke dalam kandang buaya. Oleh kerana terlampau lapar, Max menyangka daging di dalam kandang itu adalah miliknya. Tiba tiba muncul buaya betina yang cuba mendapatkan daging yang Max hendak makan. Kedua mata saling bertemu ibarat pendekar yang telah siap dengan kaki kuda untuk mengeluarkan buah silat

Buaya Itu cuba untuk datang semakin dekat

Namun si kucing telah melepaskan tumbukan padu ke muka buaya tanpa rasa gentar dan takut

Buaya itu terlampau terkejut dan menyangka serangan itu adalah serangan harimau, kerana ketakutan akan diserang lagi. Dia telah berundur

Akhirnya buaya itu mengundurkan diri, dan memandang Max seperti tidak percaya akan kekuatan Max

Jika Anda suka cerita ini SILA LIKE KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA  di Bawah

-LENTERA EMAS

 

Add Comment