Kerana Terlalu Gemuk, Kucing Ini Telah Mengambil Kelas Berenang Untuk Menguruskan Badannya

Susan Bahorich merupakan seorang pembaca berita di Roanoke, Virginia. Seperti mana-mana penyampai berita lain di seluruh dunia, menjadi serius adalah harus terutamanya apabila anda bersiaran secara langsung di kaca televisyen.

Tetapi kali ini, Susan nampaknya terpaksa melupakan keseriusannya sewaktu melaporkan berita mengenai seekor kucing obesiti seberat hampir 6kg.

Kucing yang bernama Holly itu dikatakan dipaksa oleh tuannya untuk menurunkan berat badan dengan menjalani aktiviti berenang. Tuan Holly nampaknya benar-benar memandang serius akan perkara ini.

Lihatlah bagaimana dia melengkapkan Holly dengan pelbagai kelengkapan termasuk memakaikannya jaket keselamatan.

Lebih menarik, sewaktu menyampaikan berita tersebut, Susan dengan serta-merta tidak mampu menahan ketawanya dan terus tergelak besar sewaktu siaran langsung

Klip yang memaparkan Holly sedang menyertai program berenang juga sangat melucukan. Ia kelihatan memberikan ekspresi takut tetapi pada masa yang sama tetap mengikuti latihan tersebut.

Menurut tuan Holly, Holly merupakan kucing yang sangat malas! Ia lebih gemar untuk berbaring bersama selimutnya sepanjang hari sambil menonton rancangan kegemarannya di TV.

Sumber: ERA BARU

 

Add Comment