Kelibat UFO Terbang Berpusing Dan Lawan Angin Sempat Dirakam Kamera

Seorang bekas pegawai Pentagon yang mengetuai satu program kerajaan untuk mengkaji kebarangkalian sebarang UFO mendedahkan pada Isnin petang bahawa dia percaya terdapat bukti yang makhluk asing sudah mencapai bumi.

“Pendapat peribadi saya adalah ada bukti yang sangat menyakinkan bahawa kita mungkin tidak berkeseorangan,” kata Luis Elizondo di dalam satu temuramah bersama CNN.

Elizondo memberitahu Thew New York Times bahawa dia meletak jawatan dari Jabatan Pertahanan pada Oktober sebagai tanda protes terhadap ‘kerahsian yang keterlaluan’ di dalam program yang diketuai olehnya itu. Dalam masa terdapat bantahan terhadap program tersebut selepas peruntukan terhadap usaha itu dihentikan pada 2012.

“Kapal-kapal terbang ini — kami panggil mereka kapal terbang — menunjukkan karakteristik diluar inventori Amerika Syarikat ataupun inventori negara-negara lain yang kami tahu,” kata Elizondo.

“Banyak yang kami jumpa,” katanya lagi.

The New York Times juga turu tmendedahkan salah satu video dari hasil kajian kerajaan terhadap UFO adalah dua video juruterbang yang berjaya mengesan misteri yang mereka nampak.

Salah seorangnya, Cmdr. David Fravor memberitahu CNN bahawa dia ternampak satu objek yang kelihatan seperti Tic Tac sepangjang 40 kaki bergerak dengan laju dan bertukar arah dalam kejadian pada 2004.

“Ia bergerak melawan arah angin. Angin bergerak 120 batu ke arah selatan. Tengok benda tu. Ia berpusing!” memetik perbualan video berkenaan.

Sumber: SIAKAP KELI

Add Comment