Kegerunan Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri ke 7

<3 Leadership Tun Mahathir <3

Dia lead kerajaan, BN menang.

Dia lead pembangkang, PH terus menang.

Dia naikkan Najib, dia juga mampu turunkan Najib.

Dia jatuhkan Anwar, dia juga mampu naikkan Anwar.

Dia berani keluar dari parti yang menjadi sejarah hidup dia, dan dengan hati kering masuk dalam parti yang dicipta untuk menjatuhkan dia.

Dia pernah buat rakyat marah gila, dan dia boleh jadikan rakyat yang sama , gilakan dia semula.

Pemimpin, dia bina pengaruh.

Dia tak paksa orang buat , tapi dia buat orang buat sebab mereka sendiri mahu buat.

Perdana menteri ke-7.

Perdana menteri tertua Malaysia. Perdana menteri pertama memegang jawatan Tun. Perdana menteri pertama naik dua kali…

Image may contain: 1 person, smiling, glasses and close-up

10 Mei – Selepas selama lebih 60 tahun rakyat Malaysia melihat hanya satu parti sahaja yang memonopoli keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan.

Namun, semua itu hanya tinggal sejarah apabila Pakatan Harapan memecahkan dominasi itu dan telah melakar sejarah baru membentuk kerajaan selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14). Pakatan Harapan juga sebulat suara mencalonkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Setelah mendapat sokongan dari semua ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga perkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad Kelima maka Tun Mahathir mengangkat sumpah dan ditabalkan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Perdana Menteri pertama dari parti selain Barisan Nasional.

Perkara ini sudah tentu bakal dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan secara total dan sudah jemu dengan sandiwara kerajaan terdahulu. Tun Mahathir juga mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri pertama yang memegang jawatan itu sebanyak dua kali bersama parti yang berbeza.

Semoga barisan kepimpinan Tun Mahathir dan Pakatan harapan dapat mengembalikan kedaulatan dan kegemilangan negara Malaysia di mata dunia.

 

Add Comment