Kecoh Sekumpulan Kambing Bertindak Memanjat Pokok, Sebabnya….

Seperti dalam paparan video, haiwan kambing berdiri ke atas dahan-dahan pokok Argan ketika musim buah. Sebilangan kambing biasanya akan mengikuti antara satu sama lain jika mereka melihat salah seekor mula memanjat untuk berada di atas dahan pokok tersebut.

Pokok Argan menghasilkan buah yang menarik sebilangan kambing untuk memanjat pokok hanya kerana untuk menikmati buah tersebut. Ia tumbuh dengan membesar secara eksklusif di Morocco, pokok Argan adalah spesies pokok yang jarang sekali dan dilindungi selepas bertahun-tahun menunggu ia membesar dan di potong secara berlebihan.

Petani tempatan terpaksa menjaga kambing daripada memanjat pokok Argan itu sementara menunggu buah Argan matang. Terdapat juga faedah bagi tabiat kambing ini memakan buah Argan tersebut, setelah kambing selesai memakan buah dan biji-bijian sekali, mereka akan mencernakannya dan secara tidak langsung menghasilkan minyak Argan yang berkualiti selepas diproses.

Walau bagaimanapun, perniagaan kambing-kambing ini lebih menguntungkan dan petani membawa masuk sebilangan besar ekor kambing. Ini akan menjejaskan tahap kesihatan pokok Argan kerana sering dipanjat berkali-kali dan bilangan pokok Argan juga semakin berkurangan.

Sumber: www.erabaru.com.my

 

Add Comment