Kau Datang Rumah Aku Mintak Makanan, Lepastu Kau Makan Anak Kucing Aku

Kisah ini berkaitan kucing jiran saya yang dipanggil sebagaiĀ  apin, setiap hari apin akan datang minta makan dan minum pada aku. Kadang-kadang dia hantar bonus berak sekali ke rumah aku, tapi yang baiknya si apin ni setiap kali beranak dia beri tuan dia yaitu jiran aku anaknya.

Pada satu hari, aku juga teringin bela kucing aku sendiri jadi aku kutip kucing terbiar tidak bertuan di pasar borong. Bila apin mengetahui aku bela kucing baru dia jadi jealous dan dia marah pada ranjers(kucing baru aku yang aku kutip).

Image may contain: cat

RANJERS KUCING KESAYANGAN KU

Ranjers masih kecil, dia suka pada apin maybe sebab dia nak hisap nenen susu apin. Si apin yang berhati busuk ni dia buat baik dengan ranjers, dia buat planning busuk hati dia bawak ke rumah tuan dia dan sorokkan belakang rumah tuan dia.

Aku pergi rumah tuan dia dan aku kutip ranjers semula lalu aku mengurung ranjers di dalam sangkar. Namun tidak dapat diketahui ilmu apa yang apin pakai dia berjaya keluarkan ranjers daripada dalam sangkar. Dia sorokkan lagi ranjers ke belakang rumah tuan dia, berkali kali aku kutip balik ranjers.

Tapi pada satu hari, apin telah membuang kucing aku entah kemana. Sama ada dia makan atau dia buang ranjers sejauh yang mungkin. Aku sedih, aku marah ranjers aku maki dia, aku cakap “kau ni Apin daripada kau kecil sampai dah jadi mak kucing aku bagi kau makan dan minum, kau berak di halaman rumah aku, aku tak pernah berkira dengan kau.”

“Tak sangka hati kau busuk macam ni anak kau kau kau bagi tuan kau, bila aku bela kucing baru kau buang anak kucing aku. Kenapa kau berkira sangat Apinnnn. Aku tak kira apin aku nak kau ganti ranjers dengan anak kau. Hati hitam betul kau wahai apin”

Apin seakan memahami dia telah dimarah. Keesokan harinya dia bawa anak- anak dia berlonggok di depan pintu rumah aku. Lepas tu sangkar yang pada mulanya milik ranjers dia conquer jadikan sangkar dia.

Image may contain: cat

APIN DAN ANAK NYA

Sampai sekarang aku tak jumpa kemana dia buang ranjers. Namun apa yang membimbangkan aku jiran aku adalah polis, aku takut dia marah aku dan kata aku culik kucing dia. Apa patut aku buat?

 

Add Comment