Kasihan Kucing Putih Ini Dibuli Kerana Memiliki Kaki Yang Pendek

Tak kira sama ada haiwan mahupun manusia, mereka yang mempunyai ketinggian rendah atau pendek ini sememangnya kelihatan comel walaupun tidak melakukan apa-apa.

Namun, kadangkala, mereka yang tidak tinggi ini mempunyai kelemahan terutamanya apabila hendak mencapai barangan yang tinggi dan perlu membeli pakaian yang bersaiz kecil daripada saiz normal orang dewasa.

Bagi haiwan pula seperti kucing munchkin ini, memiliki kaki yang pendek sememangnya membuatkan ia kelihatan sangat comel. Tetapi, mereka juga melalui hari-hari yang malang dengan kaki yang pendek.

Misalnya apabila mereka hendak berlawan dengan kucing lain, mereka pasti akan kalah. Kalah bukan kerana cedera teruk tetapi kerana kaki mereka tidak sampai ke pihak lawan.

Walaupun ia cuba sehabis baik untuk bertarung dengan kucing lain, munchkin yang comel ini terpaksa mengaku kalah pada akhirnya. Dalam erti kata yang lebih sesuai, kalah tanpa bertanding. Haha!

Sumber: ERA BARU

Add Comment