Kami Terima Kekalahan Dengan Hati Yang Terbuka- Datuk Seri Najib

10 Mei – Pengerusi Barisan nasional, Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat satu sidang media khas selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diumukan yang memperlihatkan Barisan nasional tumbang kepada Pakatan Harapan.

Sidang media itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Astro Awani.

Najib yang ditemani Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Sei Zahid Hamidi dan beberapa rakan-rakan yang lain berkata beliau merasa kesal apabila ada pihak yang mendakwa BN akan menggunakan taktik kotor untuk memenangi Pilihan Raya kali ini.

Selain itu juga, beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan menjunjung prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan penyokong Barisan Nasional yang selama ini sentisa menjadi tulang belakang menggerakkan jentera BN untuk PRU 14 ini.

Menurut beliau lagi, memandangkan keputusan Pilihan Raya kali ini tiada mana-mana parti yang mencapai kemenangan ‘Simple Majority’ negara perlu menunggu keputusan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad ke-5 untuk melantik Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Sidang Media Pengerusi Barisan Nasional

#FBLiveAWANI Sidang Media Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas prestasi BN di #PRU14.#MalaysiaMemilih

Posted by Astro AWANI on 9hb Mei 2018

 

PETALING JAYA: Istiadat angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh ditunda ke tarikh dan masa yang akan ditetapkan pihak Istana Negara.

“Akan dimaklumkan kemudian,” kata sumber Istana Negara.

Terdahulu Dr Mahathir mengumumkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pagi ini.

Ia susulan kemenangan dicatatkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PH memenangi 121 kerusi Parlimen merangkumi 104 kerusi dimenangi PKR, DAP (9) dan Warisan (8).

Sejak itu, satu mesej yang menyatakan siaran langsung majlis istiadat tersebut akan diadakan pada pukul 9.30 pagi Khamis di Istana Negara tular di media sosial.

Bagaimanapun mesej itu disahkan sebagai palsu.

Pihak media yang berkumpul di luar perkarangan istana turut dimaklumkan bahawa istiadat berkenaan tidak akan berlangsung hari ini.

Sumber: mStar, Siakap Keli

Add Comment