Kaki Kucing Putus Kerana Cedera Teruk, Kini Digantikan Dengan Kaki Palsu

Zlatinov terpaksa melakukan euthanasia sebagai jalan terakhir.

Keadaan Pooh apabila kakinya yang tercedera teruk terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.

Namun begitu, Dr Zlatinov telah mendapat satu idea, idea yang tidak pernah dilakukan sebelum ini tetapi dia pernah mendengar bahawa idea itu berkemungkinan akan berjaya. Dia kuat merasakan bahawa dia boleh memberi hidup baru kepada Pooh dengan melakukan prostetik yang dapat memberi Pooh kaki baru.

Menurutnya lagi, idea tersebut masih kabur pada awalnya dan kedengaran agak mustahil untuk dilaksanakan, tetapi dia tetap mahu mencuba.

Selepas menyelamatkan nyawa Pooh, Zlatinov merasakan dia perlu melakukan sesuatu yang lebih untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada Pooh.

Dr.Zlatinov akhirnya membuat keputusan untuk melakukan prostetik yang dapat memberikan Pooh kaki yang baru.

“idea saya memang kabur pada awalnya dan dilihat sangat mustahil untuk dilakukan.”

“tetapi saya memilih untuk tetap mencuba” dan ianya berhasil. “apa yang mengejutkan Pooh dapat melalui semuanya dengan begitu baik.”

“Pooh kini dapat bergerak bebas di atas permukaan rata. Dia boleh berlari, berjalan dan melakukan lompatan kecil…”

“Apa yang penting, Pooh tidak merasakan apa-apa kesakitan…”

“kami berasa bangga atas kejayaan ini, dan berharap agar kaedah ini dapat memberi harapan kepada pesakit lain.”

Dan kini, Pooh setia menanti sesiapa yang sudi mengambil dan menjaganya…

 

Lihat video di bawah, betapa lincahnya Pooh dengan kaki barunya!

Sumber: Era Baru

 

 

Add Comment