Jika Di Luar Negara, Kucing Jalanan Mereka Sangat Gemuk Dan Sihat

Terima kasih kepada Karina seorang Fotographer daripada Riga, Latvia. Dia merayakan hari Valentine berbeza daripada orang lain tapi amat istimewa.

Karina menangkap setiap gambar kucing yang hidup di jalanan kawasan Riga dan Jurmala. Menurutnya, biarpun kucing hidup di jalanan tetapi mereka memerlukan cinta dan kasih sayang setiap insan di muka bumi ini.

Setiap kucing memiliki wajah dan kisah silam mereka sendiri, sama seperti kucing peliaraan yang hidup di dalam rumah.

Di Eropah, kucing-kucing jalan Latvia sangat beruntung sekali, kerana ramai orang yang menyayangi mereka. Ini terbukti selepas gambar yang dihasilkan oleh Karina tersebar.

Setiap gambar yang ditangkap oleh karina menunjukkan kucing mereka sangat sihat, gemuk dan bahagia tak sepadan dengan kucing jalanan di Malaysia. Sebagai contoh seperti kucing di bawah, mereka boleh dikatakan antara kucing jalanan yang paling cantik.

Image result for kucing terbiar

Tapi kucing jalanan di Latvia sangat berbeza sekali! Kalau tak percaya anda boleh melihat gambar ini dan pasti anda akan tersangat kagum dan ingin bawa mereka pulang ke rumah anda. Meooow!

 

Dia ditangkap ketika cuba mencari perlindungan daripada salji yang lebat.

Kucing ini memandang ke arah langit ketika kamera cuba menangkap gambarnya.

Gemuknya dia apa lah yang dia makan

Pandangan mata dia tidak menunjukkan yang dia kelaparan

Berbeza dengan kucing di Malaysia yang penuh dengan kurap

Comelnya awak ni rasa nak peluk jer.

Ini berlaku disebabkan sikap prihatin rakyat disana berbanding rakyat Malaysia yang hanya fikirkan perut sendiri

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment