Jangan Terpedaya Dengan Kecomelannya, Dia Suka Mencuri Baju Orang Ramai

JANGAN tertipu dengan muka comel kucing ni kerana dia ada rahsia gelap iaitu suka mencuri seluar dalam.
Kucing berusia empat tahun ini, Reginald telah mencuri lebih 20 item dalam dalam masa beberapa bulan.

Selain seluar dalam, dia juga suka mencuri bra dan baju bayi daripada tempat mencuci baju.

Keadaan ini menyebabkan tuannya, Liza Brickell terpaksa memberi amaran kepada penduduk di Kent, bahawa Reginald mempunyai kecenderungan untuk mencuri.

“Pada musim panas lalu, dia mula membawa barangan dari rumah orang. Kemudian dia kembali melakukannya pada tahun ini,’’ katanya.

Ia menyebabkan Liza malu dengan penduduk di situ dan meminta penduduk yang kehilangan barang supaya menghubunginya. – MYNEWSHUB.CC

Add Comment